Pink Lollipop

Monday, March 28, 2011

EARTH QUAKE T_T

huh.. da lme x dgr brite tntang gempa bumi kn.. lpas kat jepun tsunami.. pastu berita just appear hnye 1 -4 hri..lpas tu?? snyap je..seolah2 xde pape.. umm kali ni ak tbace info.. ade gempa lg blaku pg td,,.. subhanallah...








Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 skala Richter telah berlaku berhampiran Perairan Timur Honshu pada pukul 6.24 pagi 28 Mac 2011. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 38.3 Utara longitud 142.4 Timur. 4337km Timur laut Kudat, Sabah.  


 amaran hujan lebat


SEKSYEN A : AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA) :
Ditingkatkan pada 3.25 petang 27/03/2011.
Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang dikeluarkan pada 7.10 malam 26/03/2011 ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga). Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Sabah : Bahagian Kudat (Daerah Kudat, Pitas dan Kota Marudu) dan Sandakan (Daerah Sandakan dan Beluran) dijangka berterusan sehingga malam Isnin, 28 Mac 2011.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.
SEKSYEN B : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING) :
i) Dikemaskini pada 3.25 petang 27/03/2011.
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Sabah : Bahagian Sandakan (Daerah Kinabatangan) dan Pantai Barat (Daerah Kota Belud) dijangka berterusan sehingga malam Isnin, 28 Mac 2011.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.
ii) Dikeluarkan pada 7.10 malam 26/03/2011.
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku dari masa ke semasa di negeri Kedah (Daerah Padang Terap, Kota Setar, Pendang, Sik, Baling, Yan dan Kuala Muda) dijangka berterusan sehingga malam Ahad, 27 Mac 2011.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.
SEKSYEN C : AMARAN RIBUT PETIR/HUJAN LEBAT :
Dikeluarkan pada 5.40 petang 27/03/2011.
Ribut petir dan hujan lebat di beberapa tempat yang turun di negeri Kelantan (Daerah Tumpat dan Pasir Mas) dan Johor (Daerah Kluang, Kulaijaya, Johor Bahru dan Kota Tinggi) dijangka berterusan sehingga malam, Ahad 27 Mac 2011. Keadaan cuaca yang sama dijangka di negeri Kelantan (Daerah Kota Bharu dan Bachok).

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang serta banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berhampiran tebing-tebing sungai.

 more info  click sini ok..

tanx reading ^^ if rajen buleh la like or comment yeh hehe (: